fbpx

3 kampung Orang Asli di Pahang kena PKPD lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salam satu perkampungan Orang Asli yang dikenakan PKPD.

PUTRAJAYA – Tidak sampai 11 hari Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ditamatkan, tiga perkampungan Orang Asli di Pahang sekali lagi dikenakan sekatan sama membabitkan Kampung Sungai Kabuk, Kampung Sungai Tiang dan Kampung Sungai Chohong.

Tiga lokaliti masyarakat Orang Asli etnik Semai di Mukim Ulu Telom, Cameron Highlands itu pernah dilaksanakan PKPD dari 26 Ogos sehingga 8 September lalu berpunca daripada kluster komuniti Sungai Kabuk dan menyaksikan kes indeks, seorang lelaki berusia 36 tahun maut sebelum menjangkiti 47 individu lain.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md. Saad berkata, turut dikenakan PKPD selama 14 hari sehingga 3 Oktober ialah satu lokaliti di Sabah iaitu Kampung Tamu Darat, Kota Belud yang majoritinya etnik Dusun.

Rodzi memaklumkan, tiga lokaliti masing-masing di tiga negeri bakal ditamatkan PKPD serentak seperti dijadualkan antaranya Mukim Kuala Kedah, Kota Setar, Kedah meliputi Taman Baru, Taman Seri Marina, Taman Seri Putra, Kampung Tepi Laut, Kampung Sematang dan Kampung Balai.

“Kawasan lain ialah Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Kota Kinabalu, Sabah disebabkan Kluster Jalan Pahlawan yang menyebabkan PKPD dilaksanakan di sana bermula 6 September lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baki satu lagi lokaliti ialah Penjara Tapah termasuk kuarters di Batang Padang, Perak yang dikenakan PKPD pada 23 Ogos lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI