fbpx

Seorang penumpang positif Covid-19 gagal ke Langkawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ka Siong (dua dari kanan) melihat proses ujian Covid-19 yang diadakan di KLIA, hari ini.

PETALING JAYA – Seorang penumpang yang dijadualkan berlepas ke Langkawi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini didapati positif Covid-19.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, penumpang berkenaan telah menjalani proses susulan yang diperlukan selepas didapati positif dan akur tidak dibenarkan menaiki penerbangan ke pulau berkenaan.

“Ahli-ahli keluarga penumpang yang disahkan positif melalui ujian Rapid Test Kit Antigen (RTK-Antigen) itu juga tidak menaiki pesawat kerana mempunyai kontak rapat.

“Ujian pengesanan Covid-19 ini dilaksanakan adalah semata-mata mahu menjamin keselamatan semua pihak dan dalam masa sama memastikan Projek Rintis Gelembung Pelancongan Domestik Langkawi berjalan baik,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook hari ini.

Beliau hari ini meninjau keadaan di KLIA dan KLIA2 hari ini bagi melihat proses ujian RTK-Antigen diadakan terhadap penumpang sebelum mereka dibenarkan memulakan perjalanan udara ke Langkawi.

Beliau diiringi Pengurus Besar Operasi Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB), Shahrunnizam Abd. Jamil ini.

Pada masa sama, Ka Siong berkata, beliau mendapati ada penumpang telah membawa kit ujian kendiri untuk air liur selain membelinya dari kaunter jualan di KLIA dan KLIA2.

“Hari ini, terdapat lapan penerbangan (empat Malaysia Airlines, satu Malindo Airways dan tiga AirAsia) ke Langkawi dengan jumlah penumpang 1,520 orang sempena bermulanya Projek Rintis Gelembung Pelancongan Domestik Langkawi,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI