fbpx

Sabah, Sarawak terima peruntukan pembangunan RM9.13 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri (tengah) ketika hadir sempena sambutan Hari Malaysia 2021 di SICC, sebentar tadi. /FOTO IHSAN JKM SABAH

KOTA KINABALU – Sebanyak RM9.13 bilion diperuntukkan kepada Sabah dan Sarawak bagi tujuan pembangunan di kedua-dua negeri berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, menerusi jumlah itu, RM4.66 bilion disalurkan buat negeri Sabah manakala Sarawak menerima peruntukan sebanyak RM4.47 bilion.

“Ia akan disalurkan melalui peruntukan pembangunan di bawah Rolling Plan 1 2021, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang bakal dibentangkan di Parlimen pada 27 September ini.

“Peruntukan pembangunan ini adalah antara yang tertinggi berbanding negeri-negeri lain.

“Ini membuktikan komitmen tinggi kerajaan ke arah meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan penduduk di Sabah dan Sarawak.

“Menerusi prinsip ‘Bekerja Bersama Rakyat’, kerajaan akan terus memberi tumpuan kepada penduduk di Sabah dan Sarawak agar kemakmuran yang dikecapi pada hari ini dapat dinikmati secara saksama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena sambutan Hari Malaysia 2021 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) sebentar tadi.

Yang turut hadir Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor; Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Perdana Menteri turut memperuntukkan sebanyak RM7.7 bilion bagi tempoh lima tahun sebagai langkah siap siaga buat kedua-dua negeri itu beralih kepada teknologi 5G menerusi Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2021 hingga 2025. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI