fbpx

Jumlah jemaah solat Jumaat di Wilayah Persekutuan dinaikkan 500 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Jumlah jemaah bagi solat Jumaat di Masjid Wilayah Persekutuan termasuk Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin ditingkatkan kepada 500 orang berkuat kuasa esok.

Ketetapan baharu itu diputuskan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menerusi kenyataan akhbar dikeluarkan hari ini.

Pengarahnya, Datuk Mohd. Ajib Ismail berkata, sebelum ini, had jemaah bagi solat Jumaat bagi Masjid Wilayah Persekutuan adalah seramai 300 orang.

Beliau berkata, ketetapan baharu itu sudah mendapat perkenan Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Keputusan itu dibuat selaras peralihan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang kini diletakkan di bawah Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Bagi solat Jumaat Kuala Lumpur dan Putrajaya, bilangan jemaah di Masjid Wilayah Persekutuan dibenarkan seramai 500 orang manakala, bilangan jemaah di tujuh buah Masjid Zon dan Masjid Kariah pula dibenarkan seramai 250 orang.

“Selain itu, bilangan jemaah di Surau Jumaat pula dibenarkan seramai 150 orang manakala, bilangan jemaah di Surau Diberi Kebenaran Khas untuk diri Jumaat pula adalah seramai 100 orang.

“Dalam pada itu, bilangan jemaah di Surau Jumaat dan Surau Diberi Kebenaran Khas untuk diri Jumaat di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dibenarkan seramai 80 orang,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI