fbpx

Pahang tarik balik gelaran Datuk R Sri Sanjeevan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sanjeevan

KUANTAN – Anugerah Darjah Kebesaran Negeri Pahang kepada Pengerusi Badan Bertindak Pemerhati Jenayah (MyWatch), Datuk R Sri Sanjeevan ditarik balik dan dibatalkan serta merta.

Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak berkata, keputusan itu atas titah Yang di Pertuan Agong selaku Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Penama tidak dibenarkan memakai sebarang gelaran yang dikurniakan dan perlu mengembalikan Darjah Kebesaran yang dikurniakan sebelum ini kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang selaras dengan Undang-Undang Darjah-Darjah Kebesaran dan Bintang–Bintang Negeri Pahang,”katanya dalam kenyataan itu di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, tarikh surat penarikan balik Darjah Kebesaran Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) itu adalah berkuatkuasa pada 24 Ogos lalu.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI