fbpx

Lagi kampung Orang Asli di Pahang kena PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebuah perkampungan masyarakat Orang Asli Pahang menjadi lokaliti tunggal di negara ini bakal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai lusa meliputi Kampung Paya Mengkuang, dalam Mukim Sanggang, Daerah Temerloh.

PKPD itu berkuat kuasa mulai Jumaat ini sehingga 30 September depan dan melibatkan sejumlah 700 penduduk perkampungan itu terdiri dari kalangan etnik Jahut, Jakun dan Semelai, ekoran kluster komuniti bermula seorang penduduk tempatan bergejala demam dan hilang deria rasa akhir bulan lepas sebelum disahkan positif Covid-19 namun telah menjangkiti 16 kes.

Perkampungan terletak 20 kilometer dari Temerloh itu pernah tular tahun lalu ekoran ketegasan para penduduk membina pagar penghadang untuk menghalang orang luar yang masuk ke situ.

Sekatan tersebut diperbuat daripada batang buluh dan pelepah kelapa itu dipasang di laluan utama masuk bagi mengelak kes penularan Covid-19 dibawa penduduk luar yang berisiko tinggi.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI