fbpx

Kerandut zakar kawan sepupu saya bengkak – Nicki dikecam antivaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NICKI MINAJ

PENYANYI rap wanita, Nicki Minaj menerima kecaman hebat apabila berlagak seperti saintis kononnya sedang melakukan kajian terperinci sebelum membuat keputusan untuk mendapatkan vaksin Covid-19.

Dilabel sebagai antivaksin disebabkan beberapa ciapan pelik dalam Twitter, Nicki atau nama sebenarnya, Onika Tanya Maraj-Petty Onika Tanya Maraj-Petty turut mendedahkan bahawa kerandut zakar kawan kepada sepupunya membengkak selepas mendapatkan suntikan vaksin.

“Mereka mahu kalian dapatkan vaksin untuk Met Gala. Kalau saya divaksin, bukan kerana Met. Saya akan divaksin apabila saya rasa sudah melakukan kajian yang cukup.

“Sepupu saya di Trinidad tidak mahu mendapatkan vaksin kerana rakannya yang sudah disuntik jadi impotent (sukar untuk mencapai eraksi atau orgasme).

“Bahagian alat sulitnya (kerandut) membengkak. Kawannya itu menunggu masa beberapa minggu sebelum berkahwin dan itu menyebabkan teman wanitanya membatalkan perkahwinan.

“Jadi, berdoalah untuk semua ini dan pastikan kalian selesa dengan keputusan yang dibuat bukan dibuli,” katanya yang menolak jemputan menghadirkan diri ke acara fesyen terkemuka, Meet Gala baru-baru ini.

Biarpun dicop antivaksin, pelantun lagu Anaconda itu tetap menasihatkan orang ramai untuk sentiasa menjaga kesihatan tatkala Covid-19 masih belum dapat dikawal sepenuhnya.

“Sementara itu sayang-sayangku, tolong jaga diri. Pakai pelitup muka dengan dua tali yang ketat di wajah. Bukan pakai yang longgar,” ciapnya.

Ciapan sensasi Nicki mendapat banyak kecaman ramai. Seorang pengguna Twitter membidas dengan sarkastik: “Kajian anda sendiri? Adakah anda mempunyai sepasukan saintis menjalankan percubaan kritikal di luar kamar tidur?.” – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI