fbpx

‘Jika ada yang paksa peluk Islam, itu tak bermoral’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ADAM CORRIE

PETALING JAYA – Pelakon Adam Corrie menegaskan tiada paksaan untuk seseorang itu memeluk agama Islam dan sekiranya situasi tersebut berlaku, itu adalah sangat tidak bermoral.

“Tiada paksaan kepada sesiapa sahaja untuk kembali kepada fitrah. Semua terpulang kepada empunya diri. Hidayah itu milik Allah. Saya hanya boleh menceritakan keindahan Islam. Itu sahaja,” katanya.

Kata Adam, 52, kebanyakan saudara baharu disyahadahkannya ialah indivdu yang tidak dikenali malah tidak pernah berjumpa sebelum ini.

“Ada yang tertanya-tanya bagaimana saya boleh syahadahkan ramai orang. Kebanyakan yang saya syahadahkan adalah orang yang saya tak kenal. Tak pernah jumpa.

“Mereka yang datang jumpa saya, DM (direct message) atau PM (private message) saya menyatakan hasrat untuk syahadah.

“Jika ada yang memaksa memeluk Islam, itu adalah perkara yang tidak bermoral,” katanya menerusi satu hantaran Instagram.

Ujar pelakon yang cukup dikenali menerusi watak Dragon dalam filem KL Gangster itu, wajib buat dirinya untuk bertanyakan beberapa perkara penting sebelum melafazkan syahadah.

“Kenapa ingin memeluk Islam, tanya latar belakang mereka dan adakah sebarang paksaan dari sesiapa untuk memeluk agama ini. Jika tiada sebarang paksaan baru saya akan memimpin mereka (lafaz) syahadah,” katanya.

Terang bapa kepada seorang cahaya mata itu lagi, tidak perlu apa-apa bayaran untuk memeluk agama Islam, hanya bawa diri dan hati yang tulus cintakan agama sahaja.

“Ada yang bertanya perlu bayaran ke nak masuk Islam? Tiada bayaran. Hanya bawa diri dan hati yang tulus cintakan Islam itu sahaja.

“Untuk pendaftaran Islam hanya ambil gambar dua keping dan salinan kad pengenalan. Itu sahaja. Lepas syahadah, saya akan syor ikuti kelas agama di mana-mana majlis agama islam negeri masing-masing untuk mendalami agama Islam,” katanya yang memeluk Islam pada 13 Julai 2007.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan Adam atau nama Islamnya, Adam Corrie Lee Abdullah mendedahkan dia sudah mengislamkan seramai 20 orang saudara baharu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI