fbpx

Barang rampasan bernilai RM600,000 berjaya dilupuskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pelbagai barang rampasan melibatkan kes perjudian, pelacuran dan penjualan cakera padat digital (DVD) cetak rompak yang dianggarkan bernilai RM600,000 berjaya dilupuskan, hari ini.

Kesemua barangan tersebut yang dirampas di sekitar Ibu negara dalam tempoh hampir lima tahun bermula 2016 hingga Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, dalam tempoh itu juga sebanyak 173 serbuan membabitkan kes perjudian, pelacuran dan penjualan DVD cetak rompak telah dilakukan.

Menurutnya, berkenaan rampasan kes komersial pula, sebanyak 19,000 DVD cetak rompak bernilai RM100,000 dirampas dan sejumlah 24 kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen (2) dan Seksyen 18 (5) Akta Penapisan Filem 1952.

“Kertas siasatan berkenaan sudah selesai dan permohonan pelupusan barang itu telah diluluskan di hadapan Majistret Mahkamah Jalan Duta pada 12 Ogos lalu.

“Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Dang Wangi pula merampas 1,353 peralatan perjudian, 19 peralatan pelacuran, wang tunai RM208,437 dan 1,203 barang yang dicuri ketika serbuan yang dianggarkan berjumlah RM500,000,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, menerusi serbuan yang dilakukan, 121 kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 4A (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, empat kertas siasatan (Seksyen 373B Kanun Keseksaan) dan 24 kertas siasatan (Seksyen 379 Kanun Keseksaan).

“Kertas siasatan berkenaan sudah selesai dan permohonan pelupusan barang itu diluluskan di hadapan majistret terbabit pada 10 September lalu,” ujarnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI