fbpx

Virus maut ada di mana-mana! Tolong berjaga-jaga – Fazura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAZURA bersama puteri kesayangannya, Fatima Aisya.

PETALING JAYA – Biarpun banyak negeri sudah beralih ke Fasa 2 dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) sekali gus rakyat dibenarkan melakukan banyak aktiviti, namun kes harian Covid-19 yang masih tinggi menyebabkan aktres popular Fazura tetap berasa bimbang untuk bersosial di luar rumah.

Ujar pelakon filem Dendam Pontianak itu, dia pernah membawa puteri kesayangannya, Fatima Aisya keluar menikmati makanan di sebuah restoran sekitar April lalu.

Biarpun kes harian Covid-19 pada waktu tersebut tidaklah setinggi sekarang, namun Fazura mengakui tetap berasa takut untuk berlama-lama ketika berada di luar rumah.

“Cerita lama bila waktu ini dikira okey untuk makan di kedai bersama bayi kami, Fatima. Kami ada bilik privasi tapi tetap berjaga-jaga dan takut sangat masa itu. Virus maut ini ada di mana-mana, risau!

“Masa itu, kes tak setinggi sekarang. Pun tak tenang juga. Nak cepat-cepat balik. Apatah lagi sekarang kan?” tulisnya dalam satu hantaran Instagram.

Dalam perkongsian tersebut, isteri kepada pelakon Fattah Amin itu memuat naik gambar mereka bersama Fatima ketika berada di sebuah restoran.

Bimbang dengan keadaan semasa yang masih belum pulih sepenuhnya, Fazura sempat menitipkan pesanan kepada peminatnya agar sentiasa berjaga-jaga terutama apabila membawa anak kecil keluar di tempat awam.

“Tolong berjaga-jaga semua. Terutamanya bila nak bawa anak keluar makan di tempat awam dengan ramai orang. Risau sangat-sangat. Sayang semua dan kekal selamat,” katanya lagi.

Fazura dan Fattah dikurniakan Fatima yang kini berusia setahun selepas mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI