fbpx

Vaksinasi lengkap bukan alasan abai SOP – KJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
-Gambar hiasan-

PETALING JAYA – Vaksinasi lengkap bukan alasan untuk orang ramai leka dalam melakukan tindakan kesihatan awam kendiri seperti memakai pelitup muka, menjaga jarak fizikal dan mencuci tangan dengan kerap, kata Menteri Kesihatan.

Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, sekiranya perkara itu gagal untuk diamalkan dan dipatuhi, beliau beliau bimbang negara tidak akan mampu beralih ke fasa endemik, sekaligus membantutkan usaha pemulihan negara oleh Kerajaan.

“Tindakan-tindakan ini kelihatan mudah tetapi ia mampu melindungi kita daripada jangkitan virus Covid-19.

“Saya ingin tegaskan bahawa kejayaan untuk membawa negara keluar dari pandemik ini tidak hanya bergantung kepada usaha dan strategi Kerajaan tetapi juga sangat bergantung kepada tahap pematuhan masyarakat kepada prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya tadi.

Khairy Jamaluddin berkata, sekiranya masyarakat mengambil mudah kelonggaran yang diberikan, tidak mustahil situasi jangkitan kembali menjadi teruk.

“Saya amat berharap agar seluruh masyarakat dapat memanfaatkan kelonggaran yang diberikan dan terus mengamalkan pembudayaan norma baharu dalam menjalani kehidupan seharian kita.

“Ingatlah, kejayaan membendung pandemik ini melibatkan penglibatan dan pendekatan menyeluruh Kerajaan serta masyarakat,” ujarnya.

Terdahulu, Perdana Menteri pada 8 September lalu, telah mengumumkan peralihan Lembah Klang iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan berkuatkuasa 10 September 2021.

Antara kelonggaran yang dinikmati penduduk di negeri-negeri Fasa 2 PPN termasuklah kebenaran dine-in di premis kedai makan dan aktiviti pelancongan di dalam negeri yang sama bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI