fbpx

DAN 2.0 fokus kepada pertanian pintar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee.

PETALING JAYA – Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0) yang akan dilancarkan dalam tempoh terdekat akan memberi penekanan khusus terhadap strategi pemodenan dan pertanian pintar.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, ia merupakan aspirasi utama yang perlu dicapai negara dalam tempoh 10 tahun akan datang iaitu dari tahun 2021 hingga 2030.

Menurut beliau, penggunaan teknologi dapat menyumbang kepada peningkatan kualiti serta kuantiti hasil tanaman dan seterusnya dapat meningkatkan produktiviti secara keseluruhan.

“Hasil pertanian juga dapat ditingkatkan melalui penggunaan teknologi pertanian pintar seperti “precision farming”, internet kebendaan, data raya, kecerdasan buatan, blok rantai serta dron bagi aktiviti pemetaan, taburan benih, semburan racun dan baja.

“Seterusnya, penggunaan teknologi juga dapat mengurangkan guna tenaga terutama pekerja asing,” katanya pada Majlis Perasmian Program “Virtual Agrotechnology Extension 2021” hari ini. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI