fbpx

Jangan sembur ‘spray gun’ sesuka hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Suami kepada pelakon terkenal Ummi Nazeera, Dr. Izzar Anwari Abdul Khani menyatakan keberkesanan menyembur ‘spray gun’ atau penyembur pistol kepada individu.

Beliau yang juga Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan berkata, memetik laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) jika disembur kepada individu boleh menyebabkan mudarat kepada kesihatan fizikal dan mental seseorang.

“Jika seseorang itu dijangkiti Covid-19, kena sembur di baju sekali pun, masih boleh menjangkiti orang lain sebaik sahaja dia bercakap, batuk atau bersin (kalau tak pakai mask). Jadi apa gunanya kita sembur pada baju seseorang individu itu.

“Bukannya kita menyentuh baju orang selalu. Kalau baju sendiri, balik rumah terus dibasuh. Buat apa ‘spray’ dulu sebelum masuk rumah. Sembur bahan kimia kepada individu boleh menyebabkan mudarat kepada mata, kulit, dan pernafasan mereka,” katanya dalam satu hantaran di Instagram semalam.

Jelasnya, semburan atau pewasapan secara besar-besaran di tempat awam juga tidak digalakkan WHO kerana kurang berkesan.

Katanya, orang ramai perlu memahami tiga cara virus Covid-19 merebak untuk mencegah penularan wabak itu.

“Pertama, apabila bernafas di udara bila berhadapan dengan individu yang dijangkiti, oleh itu perlunya pemakaian pelitup muka, kedua ialah apabila ‘droplet’ mengandungi virus itu pergi ke mata, hidung atau mulut melalui percikan atau semburan dan disebabkan itu pentingnya pemakaian pelindung muka dan penjarakan fizikal.

“Akhir sekali, apabila individu menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang menyentuh virus Covid-19, disebabkan itu kita perlu menjaga kebersihan tangan dan sanitasi atau disinfeksi permukaan yang kerap disentuh orang,” jelasnya.

Tegasnya, orang ramai perlu mengambil vaksin, patuhi prosedur operasi standard, jaga kebersihan tangan dan cuci permukaan kerap disentuh dengan sabun atau ‘detergen’ yang sesuai sudah memadai. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI