fbpx

PJ City rentap ego Selangor FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kemenangan keatas Selangor FC menyaksikan PJ City menamatkan saingan di kedudukan ke-7 Liga Super musim ini. - Foto ihsan PJ City

PETALING JAYA – Pasukan Selangor FC menamatkan kempen Liga Super dengan kekalahan mengejut kepada seteru setempat, Petaling Jaya City (PJ City) dengan keputusan 1-2 pada aksi di Stadium MB Petaling Jaya sebentar tadi.

Pada saingan tersebut, skuad PJ City selaku pasukan pelawat mencipta kejuta dengan meraih gol membukaan menerusi tandukan yang dilakukan oleh pemain sayap, Khyril Muhymeen Zambri pada minit ke-20.

Tersentak dengan gol tersebut, pasukan Gergasi Merah berusaha untuk bangkit dan berjaya menyamakan kedudukan hasil sepakan penalti yang berjaya disempurnakan oleh penyerang sensasi, Ifedayo Olusegun sebelum tamat babak pertama.

Bersambung pada separuh masa kedua, giliran skuad The Phoenix pula diberikan sepakan penalti tetapi peluang tersebut gagal dimanfaatkan oleh penyerang utama, Darren Lok apabila rembatannya terkena palang gol pada minit ke-48.

Namun, PJ City terus mengasak kubu Selangor FC menerusi serangan balas pantas dan kerja keras mereka membuahkan hasil apabila Syahmi Zamri meledak gol kemenangan pada minit ke-62.

Nasib skuad kendalian Karsten Neitzel bertambah parah apabila kapten pasukan, Syahmi Safari dilayangkan kad merah pada minit ke-84 sekali gus menyaksikan mereka terpaksa bermain dengan 10 pemain sehingga wisel penamat ditiupkan.

Keputusan tersebut menyaksikan Selangor kekal di tangga ke-5 liga dengan 36 mata manakala PJ City dikedudukan ke-7 dengan 24 mata selepas mengharungi 22 perlawanan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI