fbpx

Elfira Loy cemburu lihat ramai manusia baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGAKUAN Elfira tentang perubahan yang sedang dijalaninya kini.

SEJAK akhir-akhir ini pasti ada yang sudah mula perasan dengan perubahan pada penampilan Elfira Loy.

Perubahan tersebut bukanlah ke arah negatif tetapi semakin positif dan tertutup auratnya apabila sering menggayakan tudung labuh dan baju-baju yang longgar.

“Apa yang buat Elfira rasa nak berubah dari segi pakaian?” soal seorang netizen.

Kata Elfira, dia menilai semula sebab penghijrahannya dan cemburu melihat ramai manusia baik.

“Saya cemburu melihat orang baik, malu dengan mereka yang baru bertudung tetapi hidayahnya jelas menutup aurat.

“Saya masih mencuba. Doakan supaya tidak dibolak-balikkan hati ini. Duduk rumah tak buat apa-apa memang alhamdulillah mudah,” jawab Elfira.

Rasanya apa yang dikongsi Elfira mampu beri input dan manfaat kepada wanita lain yang baru mula berhijrah.

Doa Diva, semoga Elfira akan kekal istiqamah, bukan sahaja dari segi penampilan tetapi juga keperibadian.

DIVA: Senarai 12 finalis Hero Remaja 2020/2021 sudah keluar. Agak-agaknya siapa yang bakal mengikut jejak Kamal Adli, Fattah Amin dan Nadhir Nasar?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI