fbpx

Banduan dakwa UFO lawat penjara England

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekumpulan banduan di penjara England mendakwa dilawati UFO awal tahun ini. - Getty Images

LONDON – Penghuni sebuah penjara di England mendakwa bahawa  mereka melihat kelibat objek terbang tidak dikenali (UFO) berlegar-legar di ruang udara  kawasan penjara mereka, lapor akhbar Daily Star semalam.

Menerusi sepucuk surat yang ditulis kumpulan itu kepada majalah Inside Times, insiden itu berlaku awal tahun ini di penjara HMP, The Verne.

“Saya seorang yang tidak mudah percaya pada perkara-perkara pelik seperti makhluk asing  tetapi apa yang kami lihat di penjara ini adalah sangat pelik.

“Kejadian berlaku ketika kami sedang beriadah di kawasan lapang penjara apabila UFO berbentuk piring berlegar-legar dan mengeluarkan cahaya terang,” tulis surat itu.

Objek itu kemudian terbang serendah 30 meter di atas kepala banduan di situ untuk beberapa ketika sebelum lesap di sebalik kabus tebal.

“Keesokan harinya, semua banduan yang terlibat dalam ‘pertembungan’ itu mendapat ruam-ruam merah pada badan mereka,” jelas banduan itu.

Sehingga kini, kisah mengenai pendaratan UFO di Britain diceritakan menerusi pelbagai versi, manakala penduduknya merupakan antara masyarakat yang paling percaya dengan kewujudan makhluk asing. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI