fbpx

Lelaki kait buah dabai maut direnjat elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa diturunkan dari atas pokok menggunakan kren hidraulik pihak kontraktor elektrik.

SIBU – Seorang lelaki maut akibat terkena renjatan elektrik ketika sedang memanjat pokok buah dabai di Jalan Lukut/Penyalau, Kanowit di sini, semalam.

Mangsa yang dikenal pasti sebagai Ting Siew Kiong, 52, disahkan meninggal dunia dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, mangsa difahamkan telah memanjat pokok dabai setinggi 11 meter sambil mengait buah tersebut menggunakan galah.

“Ketika berada di atas pokok, galah mangsa telah tersentuh kabel elektrik menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri di atas pokok berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pihak Balai Bomba dan Penyelamat Kanowit berjaya menurunkan mayat mangsa dengan bantuan pihak Sarawak Energy Berhad menggunakan kren hidraulik pihak kontraktor elektrik. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI