fbpx

Kim Jong-kook kotakan janji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KIM JONG-KOOK

PENYANYI dan pelakon Kim Jong-kook akhirnya mendermakan hasil daripada pendapatan saluran YouTubenya sebanyak RM250,000 kepada dua hospital di Seoul baru-baru ini.

Menurutnya, daripada jumlah tersebut, sebanyak RM175,000 disalurkan kepada Samsung Medical Center, manakala bakinya kepada Hyewon Medical Foundation’s Sejong General Hospital.

Jong-kook mengakui sedikit lewat mengotakan janjinya kerana berhati-hati dalam pemilihan institusi untuk proses saluran bantuan tersebut.

“Saya agak terlambat tetapi sudah pun menyalurkan derma itu sebagaimana yang dijanjikan tempoh hari.

“Ini kerana derma itu dilakukan dengan bantuan sokongan dan dedikasi peminat. Semua itu sangat besar maknanya buat saya,” ujarnya.

Ogos lalu, bintang Running Man itu menyatakan hasrat untuk menggunakan hasil pendapatan yang diraih menerusi YouTube bagi tujuan amal.

“Memandangkan saluran saya meraih kejayaan atas pertolongan orang ramai, semuanya akan lebih bermakna jika digunakan untuk kebaikan semua.

“Saya merancang mendermakan hasil pendapatan tontonan video ini,” katanya.

Sekadar info, Jong-kook, 45, mula melancarkan saluran YouTube miliknya pada Jun lalu dan memfokuskan paparan penjagaan kesihatan video senaman dan kini memiliki lebih daripada 2.13 juta pengikut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI