fbpx

Henti aktiviti khurafat di Gunung Jerai elak ‘bala’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Idris (tiga dari kanan) meninjau lokasi terjejas banjir kilat akibat aliran puing di Titi Hayun, hari ini.

YAN – Sebarang aktiviti pemujaan dan khurafat di Gunung Jerai di sini perlu dihentikan segera untuk memastikan tidak berlaku lagi ‘bala’ akibat perbuatan yang bercanggah dengan ajaran Islam itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad berkata, aktiviti itu tidak sepatutnya berulang lagi kerana ia merupakan amalan yang tidak baik dan boleh merosakkan akidah dan pegangan agama seseorang.

“Saya yakin dan percaya di Kedah ini ramai dalam kalangan tok-tok guru, para alim ulama yang banyak memainkan peranan untuk menghilangkan sikap khurafat seperti ini,” katanya pada sidang akhbar selepas meninjau lokasi terjejas aliran puing di kawasan peranginan Titi Hayun di sini hari ini.

Beliau sebelum itu menyampaikan sumbangan banjir dalam program Musa’adah bencana banjir akibat aliran puing bernilai kira-kira RM516,600 oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan / Yayasan Taqwa.

Idris berharap semua aktiviti tersebut dihentikan segera bagi mengelakkan perkara buruk termasuk bencana alam di kawasan tersebut berulang lagi.

“Kita harapkan supaya benda-benda ini dihentikan kerana apabila datang bala ini, dia tidak kena kepada orang yang buat itu (khurafat) sahaja tetapi kepada semua orang,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI