PETALING JAYA – Kebelakangan ini kisah penghantar makanan atau ‘rider’ dikejar oleh anjing ketika menghantar pesanan kepada pelanggan sudah tidak asing lagi.
Malah mereka yang bekerja sebagai penghantar makanan atau barangan juga pasti sudah lali dengan situasi berbahaya tersebut sehingga ada yang terpaksa bersedia dengan pelbagai peralatan keselamatan sekiranya perlu berdepan dengan haiwan itu.
Bagaimanapun, di sebalik kisah-kisah dikejar anjing, masih ada individu yang berhati mulia dan memiliki sifat pengasih kepada binatang.
Melalui satu video tular yang dimuat naik di TikTok Amy Pet Store baru-baru ini memaparkan seorang penghantar makanan membantu memberikan makanan kepada anjing milik pelanggannya selepas pelanggan tersebut terlupa untuk berbuat demikian sebelum keluar dari rumah.
Difahamkan, pelanggan tersebut telah membuat pesanan makanan melalui GrabFood dan turut meminta untuk memberikan makanan tersebut kepada anjing yang sudah kelaparan.
Tindakan penghantar makanan itu turut menyentuh hati orang ramai kerana tindakannya yang menyediakan makanan dan minuman untuk haiwan tersebut dengan penuh teliti selain sanggup menunggu sehingga makanan dihabiskan.
“Baiknya hati rider ni, siap tunggu anjing tu habis makan. Tuan anjing pun mesti sayang dekat aniing dia sampai terfikir nak minta tolong rider,” kata Marshall.
“Terharu tengok video macam ni, sifat empati tu bukan perlu ada sesama manusia je. Dengan haiwan pun sama. Terbaiklah abang rider, harap dia diberikan bonus,” kata Kichona.
Setakat ini video tersebut mendapat lebih daripada 300,000 tontonan. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929














