fbpx

Socceroos cemerlang cipta rekod baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERANCANG tengah Australia, Jackson Irvine (tengah) dikawal ketat dua pemain Vietnam pada aksi kelayakan Piala Dunia 2022 zon Asia di Hanoi kelmarin. – AFP

HANOI – Australia muncul negara pertama daripada Konfe­derasi Bola Sepak Asia berjaya mencatat 10 kemenangan berturut-turut dalam aksi kelayakan Piala Dunia selepas menewaskan Vietnam 1-0 di Stadium My Dinh kelmarin.

Kemenangan itu menyaksikan Socceroos me­rampas status sebagai pendahulu Kumpulan B kelayakan Piala Dunia 2022 zon Asia menerusi kelebihan perbezaan jumlah gol selepas terikat empat mata de­ngan pasukan di tempat kedua, Arab Saudi.

Bagaimanapun, ketua jurulatih Australia, Graham Arnold masih tidak gembira dan menuntut sentuhan penyudah yang lebih tajam apabila sekadar menang dengan satu gol ke atas Vietnam.

“Saya berpuas hati kerana kami berjaya meraih kemena­ngan di ‘rumah’ Vietnam yang belum pernah tewas di laman sendiri dalam 17 perlawanan berturut-turut.

“Saya percaya para pemain mampu menampilkan permainan yang lebih bagus walaupun kami memastikan gawang tidak dibolosi hari ini (kelmarin).

“Rekod ini sesuatu yang bagus kerana ia dapat memberikan keyakinan tambahan buat pasukan. Saya harap ­situasi ini dapat dikekalkan apabila menghadapi aksi kelayakan seterusnya bulan depan,” katanya.

Australia bernasib baik apabila pengadil tidak memberikan sepakan penalti kepada ­Vietnam selepas merujuk Video Bantuan Pe­ngadil (VAR) meskipun sepakan Nguyen Phong Hong Duy didakwa ter­kena ta­ngan Rhyan Grant.

Sebaliknya, Grant muncul wira pasukan ranking ke-35 dunia itu dengan gol kemenangan pada minit ke-43 untuk menewaskan Vietnam 1-0 dalam aksi tersebut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI