fbpx

Pulau Pinang edar kit ujian kendiri Covid-19 percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GEORGE TOWN – Kerajaan negeri Pulau Pinang akan mengedarkan 40,000 kit ujian kendiri Covid-19 secara berfasa mulai minggu depan bagi kegunaan rakyat negeri ini secara percuma.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, selain Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN), ahli-ahli Parlimen dan Senator, ia turut akan diedarkan ke pejabat daerah serta Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

“Sebagaimana dijanjikan, kerajaan negeri akan mengedarkan 40,000 kit ujian kendiri Covid-19 percuma secara berfasa bermula pada minggu hadapan.

“Bagi rakyat yang mahu mendapatkannya mereka boleh ke pejabat ADUN, Ahli Parlimen, Senator, pejabat daerah atau Pejabat SUK,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan berbeza, Kon Yeow berkata, seramai 2,481 individu telah menghadiri sesi ‘walk-in’ Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) peringkat negeri ini semalam, di mana sebanyak 10 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di negeri ini menyediakan sesi ‘walk-in’.

“Setakat semalam, 327 hadir ke Pusat Konvensyen Spice, Tapak Pesta Sungai Nibong (450), Kompleks Sukan Balik Pulau (156), SP Arena (238) dan Tapak Ekspo Seberang Jaya (290).

“Selain itu, Vangohh Eminent (162), Dewan Millenium (209), Pusat Konvensyen Perda (397), Dewan Serbaguna Jawi (152) dan Dewan Sungai Bakap (100),” katanya.

Kon Yeow berkata, mereka yang layak diminta untuk hadir pada sesi berkaitan bagi membolehkan seluruh populasi dewasa di negeri ini menerima suntikan vaksin, sekaligus mencapai imuniti kelompok secara keseluruhan. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI