fbpx

Perhilitan pindahkan Yob Atoi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua ekor gajah denak digunakan dalam operasi memindahkan gajah liar jantan yang ditangkap di Kampung Lepang Nenering di sini hari ini. /FOTO IHSAN PERHILITAN PERAK

GERIK – Seekor gajah jantan yang berkeliaran merosakkan tanaman penduduk di Kampung Lepang Nenering di sini dipindahkan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak hari ini.

Gajah berusia lingkungan 15 hingga 20 tahun yang diberi nama Yob Atoi itu dipindahkan ke Santuari Gajah Sungai Deka di Terengganu dengan bantuan dua ekor gajah denak, Abot dan Rambai.

Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, gajah seberat 1.5 tan itu ditangkap dalam operasi oleh anggota dari Unit Tangkapan Gajah Perak (UTGP) pada 10.30 pagi Isnin lalu.

Katanya, operasi tersebut dijalankan susulan aduan penduduk kampung pada 22 Ogos lalu mengenai kehadiran mamalia itu yang merosakkan tanaman dan berkeliaran.

“Yob Atoi dipercayai daripada populasi kumpulan Belum yang dianggarkan berjumlah antara 45 hingga 50 ekor.

“Perhilitan Perak telah menjalankan operasi pemindahan Yob Atoi ke Santuari Gajah Sungai Deka dengan bantuan kakitangan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah di Pahang,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Yusoff menasihatkan penduduk kampung agar sentiasa membersihkan kawasan tanaman dan kebun dengan tidak dibiarkan bersemak sebagai langkah mengurangkan kehadiran hidupan liar di kawasan berkenaan. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI