fbpx

Masih dalam perut, kembar Sung Yuri sudah dapat hadiah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUNG YURI

MENJADI artis kesayangan peminat sememangnya satu kelebihan buat selebriti. Mereka sentiasa disayangi dan mendapat sokongan atas apa jua yang sedang dilakukan dalam hidup.

Penyanyi dan pelakon Sung Yuri contohnya membuktikan hubungan baik antara artis dan peminat boleh menjadi sesuatu yang positif dan bukannya berlandaskan kepada obsesi semata-mata.

Baru-baru ini, Yuri menerima kiriman hadiah daripada peminat setianya sempena meraikan kelahiran bayi sulungnya tidak lama lagi.

Hadiah yang dihantar kepada Yuri antaranya berupa meja menukar lampin bayi, mainan senaman bayi, pembersih udara untuk kereta sorong bayi dan 100 helai kain lap.

Terdapat beberapa jenis barangan tersebut disediakan dalam dua set memandangkan Yuri mendedahkan dia hamil anak kembar yang sudah diberi nama gelaran iaitu Sarang dan Haengbok.

“Ini membuatkan saya berasa sangat gembira. Saya rasa, Yuri melayan peminatnya dengan sangat baik. Sebab itu mereka meraikan kehamilannya dengan begitu meriah,” kata seorang netizen.

Yuri yang mengumumkan kehamilan sulungnya pada Julai lalu menjadi anggota kumpulan Fin.K.L pertama yang akan menimang cahaya mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI