fbpx
Gambar hiasan

Hujan lebat dan ribut petir di KL, Selangor petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati selepas beberapa kawasan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor diramal akan dilanda ribut petir serta hujan lebat.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di laman Facebook memaklumkan, keadaan ribut petir dan hujan lebat tersebut dijangka akan berlarutan sehingga pukul 8 malam hari ini.

Ramalan tersebut turut melibatkan beberapa buah negeri antaranya di Perlis serta Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Kuala Muda, Sik dan Baling).

Keadaan sama juga dijangka melanda di Terengganu melibatkan kawasan di Besut, Marang dan Dungun manakala di Sarawak ialah Sarikei, Sibu, Mukah dan Kapit. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN