fbpx

Berdepan hukuman gantung bunuh pengawal keselamatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Noor Azhar dibawa keluar selepas didakwa atas pertuduhan membunuh seorang pengawal keselamatan, tahun lalu di Mahkamah Majistret Ipoh, hari ini. /FOTO ZULFACHRI ZULKIFLI.

IPOH -Seorang ahli perniagaan berdepan hukuman gantung sampai mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana membunuh seorang pengawal keselamatan, Disember lalu.

Ahmad Noor Azhar Muhammad, 33, dikenakan tuduhan baharu itu berikutan mangsa, S. Thava Sagayam, 64, yang sebelum ini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) telah meninggal dunia pada 27 Ogos lalu.

Lelaki terbabit sebelumnya dituduh di Mahkamah Majistret Ipoh pada 6 Januari lalu di bawah Seksyen 335 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan kecederaan parah.

Kes tersebut dijadualkan untuk sebutan semula hari ini, namun mahkamah membenarkan pihak pendakwaan untuk menarik balik dan melepaskan tanpa membebaskan tertuduh daripada pertuduhan asal.

Permohonan untuk menggugurkan pertuduhan di bawah Seksyen 335 dan mendakwa semula tertuduh dengan dakwaan membunuh dibuat Pengarah Pendakwaan Negeri Perak, Azlina Rasdi.

Prosiding terhadap tertuduh diteruskan dengan pertuduhan Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibacakan oleh jurubahasa.

Dalam prosiding tersebut, tertuduh mengangguk tanda faham selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Noor Azreen Liana Mohd. Darus.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa membunuh Thava Sagayam, di tingkat tujuh Menara Majestic, Jalan CM Yusuff antara pukul 8 hingga 9.30 pagi pada 29 Disember 2020. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI