fbpx

Usaha sama KWSP, Grab tingkatkan kesedaran menyimpan untuk persaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Grab Malaysia (Grab) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi menggalakkan komuniti rakan pemandu dan penghantar menabung untuk simpanan persaraan.

Caruman di bawah program i-Saraan terbuka kepada ahli yang berumur di bawah 55 tahun atau caruman sukarela bagi yang berumur 55 dan ke atas.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, MoU itu bertujuan untuk mempromosikan li­terasi kewangan dalam kalangan rakan pemandu dan penghantar Grab mengenai pentingnya kumpulan itu membuat persediaan persaraan, terutamanya dalam landskap ekonomi yang mencabar kini.

“Kami berharap komuniti rakan pemandu dan penghantar Grab akan mendaftar sebagai ahli KWSP dan membuat simpanan untuk tabung persaraan mereka, sama ada melalui program i-Saraan atau caruman sukarela.

“Ini bukan sahaja dapat mem­bantu mereka membuat persediaan persaraan, malah mereka juga akan dapat mendapat manfaat sebagai ahli KWSP, antaranya dividen tahunan ke atas simpanan, pelepasan cukai, dan bantuan kematian,” katanya da­lam satu kenyataan.

MoU tersebut adalah kesinambungan daripada MoU yang telah ditandatangani oleh kedua-dua pihak pada Ogos 2018.
i-Saraan adalah caruman sukarela yang membolehkan pekerja dalam ekonomi gig dan juga yang bekerja sendiri menabung untuk simpanan persaraan mereka melalui caruman di KWSP.

Mereka yang mencarum dalam i-Saraan akan menerima insentif kerajaan sebanyak 15 peratus berdasarkan jumlah caruman individu setahun, sehingga maksimum RM250 setahun.

Di bawah program caruman sukarela pula, individu boleh mencarum sendiri pada bila-bila masa sehingga RM60,000 setahun.

“Dengan membuat simpanan awal walaupun dengan jumlah yang kecil, rakan pemandu dan penghantar Grab akan mendapat manfaat daripada penggandaan dividen.

“Sebagai contoh, melalui penggandaan dividen, individu yang mencarum RM10 sebulan untuk tempoh 30 tahun, bakal menggandakan simpanan mereka menjadi RM8,220 selepas 30 tahun, atau dua kali ganda daripada jumlah caruman yang dibuat,” jelasnya.

Mengulas mengenai kerjasama itu, Pengarah Urusan Grab Malaysia, Sean Goh berkata, pihaknya berbesar hati dengan kerjasama yang terjalin bagi mewujudkan ekosistem perlin­dungan sosial yang lebih holistik.

“Berikutan pandemik Co­vid-19, terdapat penambahan pendaftaran yang mendadak untuk menjadi rakan pemandu dan penghantar, dengan lebih 50,000 orang ­me­­­­­n­yertai platform ini,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI