fbpx

SOP riadah turut dilonggarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut mengumumkan, Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 bersetuju untuk melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) bagi aktiviti sukan, riadah dan rekreasi, untuk negeri-negeri yang berada di bawah Fasa 1 iaitu dengan membenarkan aktiviti sukan indoor, kecuali gimnasium, kepada individu yang telah lengkap dua dos vaksin.

“Selain itu, fasiliti sukan dan rekreasi komersil tertutup (indoor) dibenarkan beroperasi dengan kawal selia, hanya kepada pelanggan yang telah lengkap divaksin. Penggunaan fasiliti perlu dilakukan secara janji temu di samping pematuhan SOP,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata bagi sektor perdagangan dan pengedaran; perniagaan kedai bunga atau nursery, kedai peralatan outdoor dan galeri perumahan juga mula dibenarkan beroperasi mulai Jumaat ini bagi negeri-negeri yang berada di bawah Fasa 1.

“Sementara itu bagi negeri yang diletakkan di bawah Fasa 2 dan Fasa 3, kelonggaran tambahan bagi aktiviti kedai gunting, hair dresser dan salon kecantikan turut dibenarkan,” tambahnya. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI