fbpx

Cubaan seludup penyapu buluh dipatahkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kakitangan Maqis Pahang melakukan pemeriksaan terhadap kontena yang mengandungi penyapu buluh diimport secara haram di Pelabuhan Kuantan semalam.

KUANTAN – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pahang berjaya mematahkan cubaan menyeludup masuk 2,350 unit penyapu buluh melalui Pelabuhan Kuantan di sini semalam.

Barang dagangan dari China bernilai RM65,946 yang tidak mempunyai permit import itu dirampas selepas pihak terbabit melakukan pemeriksaan rutin.

Menurut kenyataan MAQIS Pahang, kes itu disiasat mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang jika sabit kesalahan boleh didenda mengikut Seksyen 11(3).

“Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi enam tahun atau keduanya.

“Pihak Maqis menasihatkan pengimport supaya mematuhi syarat ditetapkan kerajaan bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang,”ujarnya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI