fbpx

13 individu ditahan bantu siasatan samun kedai emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Kuala Lumpur – Seramai 13 individu ditahan dalam beberapa serbuan di sekitar Wangsa Maju pada Sabtu dan Ahad lepas bagi membantu siasatan berhubung kes samun bersenjata di sebuah kedai emas di Jalan Metro Perdana, Kepong pada 22 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, kesemua tangkapan merupakan warga tempatan yang terdiri daripada 10 lelaki dan tiga wanita.

“Kesemua 13 tangkapan warga tempatan tersebut berusia antara 24 hingga 34 tahun. Siasatan awal mendapati, kesemua tangkapan merupakan rakan kepada individu yang terlibat dalam kejadian samun bersenjata tersebut.

“Hasil semakan mendapati, mereka yang dtahan mempunyai rekod jenyah membabitkan samun, curi kenderaan dan dadah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kesemua tangkapan akan direman sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan.

Kosmo! pada 23 Ogos lalu melaporkan, polis sedang memburu empat lelaki dipercayai warga tempatan terbabit dalam kes samun bersenjata di sebuah kedai emas di Jalan Metro Perdana, Kepong.

Eng Lai berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 5.30 petang, suspek yang memakai topeng muka dan bertopi keledar melakukan samun dengan bersenjatakan sebilah tukul dan kapak.

“Salah seorang suspek telah berpura-pura mengimbas aplikasi MySejahtera sebelum tiga lagi individu menyerbu masuk ke dalam premis dan melarikan sejumlah rantai tangan dan leher dalam tempoh kurang seminit

“Barangan kemas yang dilarikan berupa rantai leher dan rantai tangan yang nilainya dipercayai mencecah ratusan ribu ringgit. Semasa kejadian terdapat tujuh pekerja wanita di dalam premis terbabit dan salah seorangnya pengsan akibat ditolak suspek,” ujarnya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI