fbpx

UPKK ditangguh ke 15 hingga 18 November

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) subjek bertulis bagi calon 2021 yang dijadualkan pada 4 hingga 7 Oktober ini ditangguhkan ke tarikh baharu iaitu 15 hingga 18 November depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) (JPM HEA), Idris Ahmad berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira situasi semasa serta ulasan Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan dan dan keputusan kebenaran Majlis Keselamatan Negara semalam.

“Keputusan ini juga bagi memastikan keselamatan dan kesihatan murid terjamin selain pusat peperiksaan melakukan persiapan secukupnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, JPM HEA juga membuat ketetapan hanya petugas peperiksaan yang mendapat dua dos lengkap vaksin dibenarkan untuk bertugas di semua pusat peperiksaan. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI