fbpx

Isu hutang timbul semula, bayi Atta-Aurel disumpah cacat?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gelagat Aurel bersama keluarga besarnya.

PETALING JAYA – Dakwaan hutang RM200,000 membabitkan ibu Atta Halilintar muncul lagi, namun kali ini bayi dalam kandungan isteri YouTuber itu, Aurel Hermansyah menjadi mangsa apabila individu berkenaan seakan menyumpah anak yang belum dilahirkan itu.

Individu dikenali sebagai Savas tampil menerusi satu video meminta Atta melunaskan hutang tertunggak Lenggogeni Faruk yang didakwa tidak dijelaskan sejak tahun 1997 daripada seseorang bernama Umi Afif.

Dalam perkongsiannya, lelaki itu
secara sinis menasihatkan
menantu Anang itu supaya membantu melangsaikan hutang berkenaan supaya cahaya mata dinantikan bukan dilahirkan tidak sempurna.

“Jangan lupa langsaikan hutang ibunya ke Umi Afif. Semoga anaknya tak dilahirkan cacat ya,” katanya dalam perkongsian video di laman sosial peribadi.

Sebaik dimaklumkan kepadanya, Atta menegaskan tidak tahu mengenai hutang yang dimaksudkan memandangkan hingga sekarang belum ada bukti mengenainya.

“Saya tak tahu, tak kenal. Hutang apa pun saya tidak tahu. Saya dari kecil diajar supaya jangan berhutang. Itu bahaya (bayi didoakan cacat), malah bahaya untuk dia juga,” kata Atta mengulas isu berkenaan.

Sudah pasti perkara itu mengundang kemarahannya apatah lagi pada ketika Aurel yang kini hamil empat bulan pernah melalui keguguran sebelum disahkan mengandung semula.

Walaupun belum mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang, dia menyerahkan perbuatan itu kepada Allah.

Terdahulu, pada Jun lalu isu hutang ibu Atta atau dikenali sebagai Gen Halilintar heboh diperkatakan menerusi media sosial.

Enggan berdiam diri, YouTuber sensasi berusia 27 tahun itu pernah minta memberikan bukti namun Savas mendakwa penyerahan wang dilakukan secara tunai dan tanpa ada dokumen hitam putih.

Difahamkan Gen kini bersama suami dan 10 lagi anak-anaknya yang yang turut terkenal di YouTube berada di Malaysia sejak lebih setahun lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI