fbpx
CORAK retro ini boleh didapati pada pelbagai rekaan pakaian masa kini.

Gaya polka dot tidak ditelan arus perubahan zaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BIARPUN zaman telah berubah dan banyak fesyen terbaharu terdapat di pasaran, tetapi ramai penggemar fesyen di luar sana padfa masa kini memilih untuk menggayakan pakaian bertemakan retro seperti rekaan polka dot.

Betullah kata orang, gayaan fesyen akan berputar selari dengan minat manusia kepada sesuatu.  Dalam hal ini, sememangnya rekaan polka dot adalah sebahagian daripada kegilaan memori retro anak muda zaman ini.

Sama ada percaya atau tidak, ia dapat membuatkan kita rasa ceria dan gembira apabila memakainya dan paling penting, kita perlu bijak bereksperimentasi serta berani mencuba sama ada bagi acara siang atau malam.

———————————————————————————————————————————————————————————————————————–

DARI era Minnie Mouse yang menggayakan skirt ropol sehingga menjadi gaya signaturnya, begitu jua aktres Bettie Page dengan pemakaian bikini yang menjadi pin up paling popular pada zamannya, corak polka dot menjadi persamaan kedua-dua mereka.

Ini membuktikan bahawa reka corak polka dot atau bintik-bintik telah lama dipakai dan diterima semua khususnya penggemar fesyen dengan hati terbuka.

Justeru, trend tersebut menjadi definisi kepada gaya flirty and innocent serta kewanitaan dalam fesyen.

Corak polka dot juga bukan hanya untuk pakaian, tetapi juga aksesori dan hiasan rumah.

Sememangnya rekaan polka dot adalah sebahagian daripada kegilaan memori retro.

Sama ada percaya atau tidak, ia dapat membuatkan kita rasa ceria dan gembira apabila memakainya.

Paling penting, kita perlu bijak bereksperimentasi serta berani mencuba sama ada bagi acara siang atau malam.

Ramai pereka fesyen antarabangsa dan tempatan gemar sekali bermain dengan reka corak polka dot.

Mereka memperbaharuinya dalam kombinasi warna indah pada rekaan pakaian sama ada dalam bentuk gaun, skirt, kemeja, bikini dan juga tali leher.

Begitu juga aksesori seperti tali pinggang, skaf dan rantai yang cukup dramatik serta menggoda.

Reka corak klasik ini kelihatan cukup segar serta ceria apabila dipadankan dengan gaya, silhouette dan fabrik yang lebih sofistikated.

Berikut merupakan inti pati atau panduan untuk menggayakan reka corak polka dot yang boleh dipraktikkan para pembaca.

1. Cita rasa sendiri

Untuk anda yang mahu menggayakan trend ini, tetapi mahukan alternatif selain pakaian, anda boleh mendapatkan aksesori kecil atau kasut dalam reka corak polka dot ini.

Bagi kaum lelaki pula anda boleh dapatkan tali leher atau stoking polka dot kecil putih berlatarkan rona biru kelasi. Apapun terpulang kepada cita rasa anda sendiri yang penting berani mencuba.

CORAK polka dot boleh didapati dalam pelbagai saiz.

2. Corak dan saiz

Reka corak ini terdapat dalam pelbagai saiz (kecil hingga besar serta lebih abstrak) dalam warna penuh variasi. Pilihannya juga tidak terbatas, serta menarik digayakan untuk aktiviti kasual atau formal.

Secara amnya, polka dot bersaiz suku inci memberi gambaran lebih santai, manakala yang bersaiz liang jarum kelihatan lebih formal.

3. Rona hitam dan putih

Warna hitam dan putih adalah merupakan kombinasi klasik reka corak ini yang selalunya muncul dalam pakaian bagi acara-acara formal, manakala padanan warna coklat dan putih pula dapat memberikan nafas kontemporari kepada reka corak klasik ini.

4. Golongan muda

Berbanding reka corak kecil, polka dot saiz besar cukup segar dan memikat golongan muda-mudi. Rona pilihan mereka pula lebih terang dan berani. Pemakaian skaf, baju top dan rantai dalam reka corak ini juga membangkitkan gaya trendy, hip and cool sealiran trend masa kini.

5. Variasi gaya

Antara gaya polka dot yang menjadi ikutan adalah gaun yang dipakai dengan legging, wrap dress, gaun potongan baby doll, gaun dengan tali pinggang bersaiz lebar, gaun tanpa lengan, baju halter, skirt kembang dan pelbagai variasi gaya lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN