fbpx

Buka sempadan Malaysia-Singapura, jawatankuasa khas perlu libatkan wakil Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasni ketika berucap pada sesi penggulungan pada Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang ke-14, di Kota Iskandar, Johor hari ini.

ISKANDAR PUTERI – Jawatankuasa khas perbincangan pembukaan sempadan Malaysia-Singapura yang ditubuhkan kerajaan persekutuan perlu melibatkan wakil daripada kerajaan negeri.

Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, hal itu penting kerana pembukaan sempadan Johor-Singapura merupakan komponen asas dalam usaha pemulihan ekonomi negeri.

Katanya, pembukaan sempadan itu akan merancakkan kembali sektor ekonomi tempatan bukan sahaja di pusat bandar raya Johor Bahru, tetapi juga daerah sekitarnya.

“Sehubungan itu, saya amat berharap agar kerajaan negeri dilibatkan secara langsung dalam inisiatif pembukaan laluan darat yang melibatkan Tambak Johor dan Link Kedua.

“Jawatankuasa Khas ini antara lain akan memperbanyakkan perbincangan komprehensif mengenai pembukaan sempadan Johor-Singapura berdasarkan perkembangan semasa situasi pandemik Covid-19” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi penggulungan pada Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang ke-14, di Kota Iskandar di sini hari ini.

Tambah beliau, perkara-perkara yang melibatkan kepentingan kedua negara akan dibincangkan dalam jawatankuasa itu termasuk pergerakan rentas sempadan.

“Insha-Allah, semoga pergerakan rentas sempadan antara Johor-Singapura boleh diaktifkan kembali dengan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) bersesuaian.

“Dalam keadaan pandemik yang terkawal, kita dapat laksanakan Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA) dan Laluan Hijau Timbal Balik (RGL).

“Kemungkinan untuk mewujudkan Daily Commuting Arrangement (DCA) ataupun Travel Bubble akan turut dibincangkan melalui Jawatankuasa Khas ini,” ujarnya.

Hasni turut memaklumkan Singapura telah menyumbang lebih 9 juta unit peralatan perubatan seperti ventilator, pelitup muka dan lain-lain kepada Johor atas hubungan erat kedua-dua pihak.

“Pemerintah Singapura melalui Yayasan Temasek dan SMRT Corp telah menyumbang pelbagai peralatan perubatan kepada Johor yang mana kesemuanya sudah diserahkan kepada agensi dan jabatan yang berkaitan.

“Ini termasuklah dalam masa terdekat dimana Johor bakal menerima vaksin vaksin Pfizer dan Sinovac,” tambahnya.-K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI