fbpx

Berlegar di laut tiga hari sebelum ceroboh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KESEMUA warga asing yang ditahan menaiki bot pom-pom di perairan Jeram,

KLANG – Sekumpulan 34 pendatang asing tanpa izin (PATI) terpaksa berlegar-legar di laut selama tiga hari sebelum memasuki perairan laut Jeram, Kuala Selangor dekat sini, semalam.

Bagaimanapun, kesemua mereka berusia 18 hingga 51 tahun berjaya ditangkap selepas berlaku aksi mengejar selama 15 minit dalam kejadian bermula pukul 3.15 pagi.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1, Asisten Komisioner Shamsol Kassim berkata, dua buah bot peronda yang sedang melakukan Ops Benteng telah menerima maklumat kira-kira pukul 2.45 pagi berhubung kehadiran bot pom-pom membawa PATI di perairan Pulau Angsa

Katanya, kedua-dua bot peronda yang bergerak di lokasi bagi membuat pintasan kemudiannya mengesan bot kira-kira setengah jam kemudian pada jarak 2.8 batu nautika dari pantai di perairan laut Jeram.

“Setelah mengejar selama 15 minit, bot tersebut kemudiannya ditahan dengan didapati bergerak tanpa dikemudikan selepas tekong warga Indonesia dipercayai terjun ke laut semasa menyedari kehadiran PPM.

“Hasil pemeriksaan menemui 34 PATI dengan 32 daripadanya warga Indonesia dan selebihnya Myanmar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata beliau, berdasarkan siasatan awal mendapati kesemua PATI membayar sebanyak 3juta rupiah Indonesia (RM877) dan bergerak dari Tanjong Balai Asahan, Indonesia.

Shamsol menambah, soal siasat terhadap PATI mendapati mereka telah berada di laut selama tiga hari sebelum masuk ke persisir pantai selangor.

“Bot pom-pom berhanyut di laut sementara menunggu arahan dari tekong darat bagi lokasi pendaratan.

“Kesemua PATI pernah bekerja di negara ini manakala warga Myanmar datang ke Malaysia bagi tujuan berjumpa keluarga yang telah berada di sini,” jelasnya.

Tegas beliau, kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1985.

Dalam perkembangan sama, Shamsol memberitahu, ujian saringan mendapati empat daripada warga asing itu positif Covid-19 hasil ujian di Pusat Saringan Ambang Botanik, Bukit Tinggi.

“Seramai lapan anggota PPM terlibat turut terpaksa dikuarantin kerana menjadi kontak rapat,” katanya.-K! ONLINE

 

ika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI