fbpx

Ah long ugut peminjam diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAHAGIAN bumbung kereta seorang pemilik bengkel yang dibaling cat merah oleh 'ah long'.

PORT DICKSON – Dua lelaki dipercayai ceti haram atau ‘ah long’ yang membuat ugutan terhadap seorang pemilik bengkel selepas didakwa gagal membayar semula wang pinjaman berjumlah RM130,000 ditahan semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, suspek berusia 30 dan 38 tahun itu ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Port Dickson pukul 10.30 pagi hingga 3.30 petang semalam di Seremban dan Lukut di sini.

“Tangkapan ke atas dua suspek dilakukan susulan laporan polis yang dibuat seorang pemilik bengkel yang mendakwa kereta miliknya yang diparkir di hadapan rumah dibaling cat merah di bumbung dan cermin hadapan pada akhir bulan lalu.

“Mangsa menyatakan ada membuat pinjaman kepada ah long secara panggilan telefon untuk tujuan perniagaan bengkelnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI