fbpx

Ubah suai rumah jadi kedai runcit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota MPK menyita barangan kedai runcit yang dijalankan warga Myanmar.

KLANG – Modus operandi warga Mynamar mengubah suai rumah menjadi kedai runcit terbongkar apabila diserbu pihak berkuasa di Taman Indah Sungai Pinang di sini semalam.

Serbuan selama sejam bermula 12 tengah hari dilakukan Majlis Perbandaran Klang (MPK) itu turut merampas barangan perniagaan premis tersebut seperti bahan makanan, ubat-ubatan, barangan kecantikan bernilai RM3,000 daripada kedai tersebut

Timbalan Pengarah Penguatkuasa MPK, Shahrul Hazri Abd. Majid berkata, operasi itu hasil maklumat awam dan intipan pihaknya selama dua minggu terhadap kegiatan perniagaan warga asing itu.

Katanya, semasa serbuan terdapat tiga orang pekerja warga Myanmar di rumah tersebut.

“Perniagaan runcit itu dijalankan tanpa lesen dengan menyita segala barangan runcit tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Kata Shahrul Hazri, kes tersebut disiasat mengikut Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian MPK 2007.

Tambah beliau, pihaknya sebelum ini juga telah mengambil tindakan sama terhadap peniaga warga asing di Blok Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Jalan Pasar Baru.

“Justeru, penduduk di daerah ini diminta menyalurkan maklumat sekiranya mengesyaki sebarang aktiviti perniagaan tanpa lesen dilakukan warga asing,” tegasnya. -K!ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI