fbpx

Tak pernah umum hamil, Johan, Ozlynn timang anak keenam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR Johan sedang memangku anak keenamnya yang dilahirkan kelmarin dikongsi oleh Instagram Era FM.

PETALING JAYA- Dalam diam pasangan selebriti, Johan dan Ozlynn Wati selamat menimang anak keenam mereka pada Jumaat lalu.

Berita gembira tersebut dikongsi dalam satu hantaran gambar Instagram Era FM sebentar tadi.

Dalam dua keping gambar yang dimuat naik, kelihatan Johan atau nama sebenarnya Yazid Lim Mohammad Aziz yang merupakan penyampai radio Era FM sedang tidur sambil memangku bayinya di atas sofa dipercayai di sebuah hospital swasta.

“Alhamdulillah, isteri Johan selamat melahirkan cahaya mata baru mereka pada 3 September 2021. Semoga ibu dan bayi sihat sentiasa. Selamat berjaga malam buat Johan, ikhlas daripada Team Era!” tulis kapsyen tersebut.

Sungguhpun demikian, tiada butiran terperinci mengenai bayi yang dilahirkan sementelah ramai pihak termasuk peminat masih terkejut dengan berita kelahiran tersebut.

Hal ini kerana, Johan mahupun Ozlynn yang juga seorang pelakon tidak pernah berkongsi berita tentang kehamilannya kali ini kepada umum.

Malah, dalam Instagram pasangan tersebut masih tidak berkongsi tentang berita kelahiran anak mereka.

Dalam hantaran Instagramnya semalam, Ozlynn yang berkemungkinan berada di hospital cuma meluahkan perasaan rindu terhadap anak-anaknya yang berada di rumah.

“Rindu, tunggu Mama balik okey,” tulis Ozlynn.

Terdahulu, pasangan yang berkahwin pada 25 Julai 2009 itu dikurniakan lima cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Cantiq dan Moleq. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI