fbpx

Jakim pertimbang tindakan guru KAFA enggan divaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Idris Ahmad (tengah) menyampaikan bantuan musa'adah kepada mangsa banjir di Matang Gelugor hari ini.

TAIPING – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mungkin mempertimbangkan akan mengguna pakai kaedah Kementerian Pendidikan berhubung larangan mengajar secara bersemuka bagi guru yang belum menerima suntikan vaksin.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad berkata, perkara itu akan dibincangkan secara terperinci oleh Bahagian Pendidikan Jakim berhubung perkara tersebut melibatkan guru-guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).

“Guru adalah orang paling dekat dengan anak murid jadi saya nasihatkan agar semua guru KAFA untuk segera mengambil vaksin.

” Setakat ini angka kematian harian menunjukkan ramai yang maut akibat jangkitan Covid-19 berbanding meninggal dunia kerana suntikan vaksin,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Matang dekat sini.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI