fbpx

Cemas hingga pandu kereta masuk lobi hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar sebuah kenderaan yang dipandu masuk ke lobi Jabatan Kecemasan dan Trauma HRPB yang dirakam orang awam semalam.

IPOH – Rakaman video memaparkan seorang lelaki memandu keretanya sehingga masuk ke lobi Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini semalam menarik perhatian ramai sehingga tular di pelbagai platform media sosial.

Video berdurasi 54 saat itu menunjukkan situasi kecoh seorang lelaki menjerit-jerit sebelum seorang lagi lelaki dalam keadaan lemah dibawa keluar dari kereta jenis Perodua Kelisa untuk rawatan di hospital berkenaan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, kejadian pada pukul 11.30 malam itu berlaku kerana pemandunya panik dan cemas semasa membawa bapanya yang diserang sakit jantung sebelum dia keluar dan menjerit meminta bantuan pihak hospital.

“Pemandu telah ditenangkan dan diminta oleh petugas hospital untuk mengalihkan keretanya ke bahagian tempat letak kenderaan awam dan bapanya telah diberikan rawatan dan dimasukkan ke dalam wad,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, kejadian itu tidak melibatkan sebarang perlanggaran, kecederaan mahupun kerosakan harta awam dan pihaknya juga tidak menerima laporan polis daripada mana-mana pihak. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI