fbpx

NUTP sokong guru tolak vaksin dilarang mengajar bersemuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aminuddin

PETALING JAYA – Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) menyokong larangan mengajar secara bersemuka dikenakan kerajaan terhadap guru yang enggan menerima vaksin.

Presidennya, Aminuddin Awang berkata, ia kerana semua pihak perlu yakin dengan tahap keselamatan di sekolah dalam aspek Covid-19.

“Dalam hal ini, sudah pastilah semua guru yang akan hadir bertugas wajib terima vaksin Covid-19.

“Kita juga tidak mahu benteng yang dibina bagi mengelakkan penyebaran Covid-19 di sekolah dirosakkan oleh segelintir guru yang enggan menerima vaksin ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada masa sama, Aminuddin berkata, pihaknya percaya Kementerian Pendidikan (KPM) mempunyai perancangan khusus kepada golongan guru yang menolak vaksin berkenaan.

“Walaupun tidak dibenarkan ke sekolah, mereka tidak boleh dipisahkan daripada tanggungjawab kepada murid-murid, sekolah dan apa yang ada dalam skop tugas masing-masing.

“Pada masa yang sama, kita juga amat mengharapkan agar sesi penerangan bagi menepis hujah mengapa guru-guru tidak mahu menerima vaksin ini dipergiatkan,” katanya.

Beliau berkata, guru-guru tersebut tidak boleh menggunakan logik akal atau maklumat yang tidak sahih semata-mata dalam menolak vaksin. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI