fbpx

Lakonan saya masih lemah – Kim So-yeon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KIM SO-YEON

SEJAK membintangi drama fenomena The Penthouse, nama Kim So-yeon disebut-sebut sebagai pelakon hebat kerana berjaya membawa watak antagonis dengan begitu baik.

Meskipun terbiasa dengan watak antagonis, Penthouse membuktikan So-yeon sebenarnya mempunyai bakat lakonan yang begitu versatil.

Pun begitu, lain pula pandangan Kim So-yeon. Kongsinya dalam sebuah temu bual program televisyen baru-baru ini, dia bukanlah seperti yang dikatakan.

“Terdapat banyak bahagian yang saya akui masih lemah dalam lakonan.

“Saya percaya tiada apa yang boleh dilakukan selain terus dan terus berlatih untuk mendapatkan hasil terbaik,” katanya.

Dedah selebriti berusia 41 tahun itu lagi, sebelum ini dia terpaksa berlatih membaca skrip bagi drama The Penthouse lebih daripada 100 kali bagi menjiwai watak Cheon Seo-jin.

Memasuki tahun ke-27 dalam industri, So-yeon turut meluahkan rasa bangga dan adakalanya berasa ‘cemburu’ dengan pelakon-pelakon muda berbakat besar, berbanding dirinya yang disifatkan masih mempunyai banyak kelemahan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI