fbpx

Tiada kematian akibat gangguan bekalan elektrik di HSI – JKNJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang pengguna Facebook memuat naik kenyataan mendakwa bekalan elektrik di HSI, Johor Bahru terputus sehingga menyebabkan pesakit meninggal dunia.

JOHOR BAHRU – Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menafikan dakwaan seorang pengguna media sosial yang mengatakan terdapat ramai pesakit di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini terkorban akibat terputus bekalan oksigen.

Pengguna akaun sosial Facebook bernama ‘Nama Saya Ana’ itu mendakwa kejadian itu berlaku ekoran ketiadaan bekalan elektrik bermula pukul 11 malam, semalam.

Pengarahnya, Datuk Dr. Aman Rabu berkata, gangguan bekalan elektrik berlaku pada pukul 11.10 malam namun bekalan kuasa essential masih beroperasi sepenuhnya.

Menurut beliau, hal itu ekoran penggunaan bekalan elektrik daripada generator.

“Tindakan awal pemeriksaan telah dijalankan syarikat konsesi yang mendapati Air Circuit Breaker dalam keadaan trip. Punca gangguan telah dikenalpasti dan kerja pembaikan telah dijalankan.

“Kerja penyambungan semula bekalan diteruskan sehingga pukul 9 pagi (hari ini) manakala pada pukul 9.30 pagi, bekalan elektrik kuasa normal telah dipulihkan semula,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, tular dakwaan pengguna akaun ‘Nama Saya Ana’ yang mengatakan terdapat ramai pesakit maut akibat terputus bekalan oksigen ekoran masalah gangguan bekalan elektrik di hospital berkenaan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI