fbpx

Sinar buat penggiat industri pelancongan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nancy (kiri) ketika menghadiri taklimat oleh Pengurusan Tertinggi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) yang diketuai Ketua Setiausaha MOTAC, Datuk Wira Dr. Noor Zari Hamat tentang Pelan Pemulihan Pelancongan.

PETALING JAYA – Pembukaan sektor pelancongan domestik yang akan dibuat secara berperingkat mengikut fasa di bawah program gelembung perjalanan dilihat memberi sinar buat penggiat industri pelancongan.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Syukri berkata, pemilihan Pulau Langkawi sebagai projek ujian lapangan telah menyemarakkan kembali industri yang telah lama terjejas akibat penularan pandemik Covid-19.

“Syukur, ini merupakan berita gembira kepada penggiat industri termasuk pekerja yang telah lama terjejas teruk berikutan penutupan hotel dan restoran di pulau peranginan tersebut akibat krisis pandemik.

“Faktor kedudukan pulau yang terasing turut memudahkan urusan pemantauan destinasi perintis berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook beliau hari ini.

Beliau berkata, Pulau Langkawi mempunyai kekuatan tersendiri seperti mempunyai rangkaian penerbangan seranta dan antarabangsa selain pelbagai kemudahan penginapan bagi segenap lapisan segmen pelancong.

“Sekiranya projek rintis Langkawi ini berjalan dengan jayanya, saya percaya ia dapat mengembalikan keyakinan rakyat untuk melancong,” ujarnya.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membuka sektor pelancongan di beberapa destinasi di bawah program ‘travel bubble’ berdasarkan syarat-syarat ditetapkan.

Beliau berkata, sebagai permulaan, Pulau Langkawi dipilih sebagai projek rintis untuk dibuka kembali kepada pelancong tempatan bermula 16 September ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI