fbpx

Peralatan judi, CD, DVD cetak rompak bernilai RM640,690 dilupus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Eng Lai sedang meninjau kerja-kerja melupuskan peralatan tersebut di lokasi, hari ini.

KUALA LUMPUR – Polis melupuskan pelbagai peralatan perjudian online termasuk cakera padat (CD) dan cakera padat video (VCD) cetak rompak bernilai
RM640,690 yang dirampas dalam serbuan sepanjang 2017 hingga pertengahan Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, sebanyak 133 kertas siasatan membabitkan kes perjudian dibuka sepanjang tempoh berkenaan.

“Jumlah rampasan dalam serbuan sepanjang tempoh itu adalah sebanyak 886 set membabitkan pelbagai peralatan perjudian (komputer).

“Kertas siasatan kes perjudian itu disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 4A(a), Seksyen 9(1) dan Sekyen 6(1) akta sama,” ujarnya ketika meninjau kerja-kerja melupuskan barang kes di stor barang kes Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, dekat sini hari ini.

Menurut beliau, satu kertas siasatan turut dibuka mengikut Seksyen 6(1)(a) Akta Penapisan Filem 2002 yang dilaporkan pada 2017.

“Dalam kes itu, sebanyak 23 mesin ‘burner’ dan 85,838 VCD serta cakera padat digital (DVD) cetak rompak dirampas.

“Kesemua peralatan yang dirampas dalam serbuan perjudian dan VCD serta DVD cetak rompak sepanjang tempoh itu dianggarkan berjumlah RM640,690,” ujarnya. – K! ONLINE

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI