fbpx
Pembekal air ketum turut membuat kaedah COD terutamanya kawasan Lembah Klang.

Tinggalkan nombor telefon, tempahan sampai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – ‘PM (private message) nombor telefon anda dan kami akan hubungi dengan segera.’

Itu antara mesej yang akan dibalas oleh sindiket daun ketum ketika berurusan dengan pelanggan di laman sosial Facebook bagi melancarkan proses penghantaran barang berkenaan.

Kaedah ini digunakan oleh pihak pembekal kepada pelanggan di seluruh negara yang ingin mendapatkan bekalan yang dikatakan semakin sukar diperoleh ketika ini.

Seorang pelanggan yang mahu dikenali Izman, 34, berkata, terdapat dua kaedah yang popular bagi penggemar daun ketum iaitu melalui penghantaran syarikat kurier dan juga secara bayar ketika barang sampai (COD).

“Pengedar ketum akan gunakan laman Facebook untuk promosikan produk mereka, sekiranya berminat pelanggan hanya perlu tinggalkan komen dan mereka akan membalasnya melalui aplikasi Massenger untuk dapatkan nombor telefon.

“Setelah itu, pelanggan akan dihubungi dan mereka perlu memberikan lokasi lengkap untuk proses penghantaran. Pe­langgan akan menerima bungkusan berkotak melalui syarikat kurier dan tempoh penghantaran adalah antara dua atau tiga hari,” jelasnya kepada Kos­mo! baru-baru ini.

Selain kaedah penghantaran melalui kurier, pembekal air ketum turut membuat kaedah COD terutamanya dalam kawasan Lembah Klang.

Jelasnya, pelanggan hanya perlu buat tempahan di Facebook dan pihak pembekal akan menghubungi pelanggan tersebut selepas itu.

“Saya tidak pasti bagaimana cara mereka melepasi sekatan jalan raya (SJR), mungkin mereka ada jalan tikus sendiri. Namun, kaedah ini memang cukup popular bagi penggemar ketum,” katanya.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN