fbpx

Teh Lively miliki kadar kandungan gula yang rendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Nestle (Malaysia) Berhad. (Nestle)  berkeyakinan terhadap rangkaian minuman teh baharunya, Teh Lively  bakal mendapat sambutan baik daripada pelanggan.

Ini kerana produk minuman baharu yang menggabungkan nikmat perisa buah-buahan kegemaran selain padat dengan ekstrak tumbuh-tumbuhan yang diakui berkesan membantu mengembalikan tenaga kepada tubuh badan bakal menjadi pilihan masyarakat kini yang semakin sibuk dengan tugasan harian.

Faktor tambahan Adaptogen dan juga memiliki kandungan gula yang jauh lebih rendah dalam Teh Lively berbanding minuman berasaskan teh yang lain dapat memenuhi kumpulan pelanggan yang mengamalkan gaya hidup sihat selain mengutamakan pengambilan makanan serta minuman berkhasiat.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Juan Aranols berkata, ekstrak daripada tumbuh-tumbuhan yang dikenali sebagai adaptogen terdiri daripada bahan-bahan yang berasal daripada tumbuhan terkenal kerana kesan kebaikannya dalam menangani tekanan.

“Memandangkan ramai rakyat Malaysia memikul pelbagai tugas dan tanggungjawab setiap hari, rangkaian minuman yang inovatif dan menyegarkan ini cukup sesuai dengan tuntutan gaya hidup masa kini yang sangat sibuk.

“Teh Lively diilhamkan untuk memberi masyarakat pengalaman yang menyegarkan dan merangsangkan bagi membantu mengembalikan ketenangan fikiran, kesegaran badan dan tenaga bagi menempuhi liku-liku perjalanan hari-hari yang sibuk,” katanya dalam kenyataan.

Aranols menerangkan, Teh Lively ditawarkan dalam tiga varian teh hitam yang menarik, dengan kesegaran rasa teh yang baru dibru, dan diperkaya dengan adaptogen yang diekstrak daripada Guarana, Lemon Balm dan Schisandra.

Segmen minuman ini menawarkan Teh Lively Orange Guarana Dibru dengan teh hitam, Teh Lively Raspberry Lemon Balm dan  Teh Lively Pear Schisandra.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI