fbpx

Nama Son Dam-bi busuk sebab si penipu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SON DAM-BI

RIBUT kencang menyapa nama aktres dan penyanyi Son Dam-bi sejak beberapa hari lalu selepas dia dikatakan menjalin hubungan dengan seorang penipu dikenali sebagai ‘Mr. Kim’.

Dakwaan mengatakan, Dam-bi menerima banyak hadiah mewah berupa kereta, pakaian dan dompet daripada lelaki itu yang dikatakan memiliki kekayaan sebanyak 100 bilion won (RM360 juta).

‘Mr. Kim’ bagaimanapun ditahan polis atas kesalahan penipuan, penyamaran dan peras ugut serta menggelapkan dana dari Jun 2018 hingga Januari lalu dengan jumlah keseluruhan sebanyak 11.6 bilion won (RM42 juta).

Dakwaan tersebut turut menyebut, ‘Mr. Kim’ membayar hutang Dam-bi terhadap pelakon Jung Ryeo-won sebanyak 50 juta won (RM180,352).Namun selepas berkenalan, lelaki itu dikatakan turut menghadiahkan Ryeo-won sebuah kereta sehingga menyebabkan ‘hubungannya’ dengan Dam-bi berakhir.

Tampil menangkis dakwaan tersebut, agensi H& Entertainment dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa, memang Dam-bi pernah didekati seorang ahli perniagaan pada 2019 yang mengaku sebagai peminatnya.

“Dia cuba memberi hadiah mahal tanpa persetujuan Dam-bi. Tetapi dia telah memulangkan semua hadiah tersebut. Dia langsung tiada sebarang kaitan atau hubungan dengan lelaki itu.

“Kedua, adalah tidak benar tentang dakwaan Ryeo-won menerima hadiah daripada ‘Mr. Kim’. Lelaki itu cuma membantunya dalam urusan jual beli kereta terpakai yang dibeli sendiri oleh Ryeo-won,” jelasnya.
H& Entertainment berkata, mereka akan mengambil tindakan atas penyebaran berita tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI