fbpx

Kereta rempuh SJR PKPD Kampung Talak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video sebuah kereta jenis Proton Iswara yang merempuh khemah SJR PKPD di Kampung Talak, Tumpat tular hari ini.

TUMPAT – Anggota polis dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) berdepan detik cemas apabila khemah tempat mereka bertugas di sekatan jalan raya (SJR) kedua di Kampung Talak, Chabang Empat di sini dirempuh sebuah kereta jenis Proton Iswara, pagi tadi.

Bagaimanapun, insiden cemas pada pukul 11.45 pagi tidak menyebabkan kecederaan kepada anggota yang bertugas di kawasan SJR yang dikenakan Perintah Kawalan Diperketatkan (PKPD) itu.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab. Rashid Mat Daud berkata, siasatan mendapati, sebuah kereta jenis Proton Iswara telah bertindak merempuh khemah di SJR tersebut semasa anggota keselamatan sedang bertugas.

“Suspek telah bertindak mengundurkan kereta tersebut dan kemudian melarikan diri dengan memecut laju kenderaan yang dipandunya.

“Bagaimanapun anggota bertugas telah bertindak mengejar kereta tersebut dan sempat mengambil nombor pendaftaran kereta itu,” katanya.

Beliau berkata, anggota keselamatan yang terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan dan hanya barang-barang di bawah khemah mengalami kerosakan.

Terdahulu, insiden itu tular selepas gambar keadaan di SJR berkenaan dikongsikan oleh orang ramai menerusi aplikasi WhatsApp. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI