fbpx

Tumor sebesar bola sepak Emma Akma sudah dibuang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EMMA AKMAL selamat jalani pembedahan di IKN, Putrajaya semalam.

PETALING JAYA – Dramatis, Emma Akma selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam perut di Institut Kanser Negara (IKN), Putrajaya, semalam.

Suaminya, Mohd Anas Abd Razak 37, berkata prosedur pembedahan berjalan lancar malah hanya mengambil masa dua jam berbanding empat jam anggaran awal doktor.

“Alhamdulillah pembedahan sudah berjaya. Isteri saya pun sudah dipindahkan semula ke wad dan berada dalam keadaan baik-baik sahaja.

“Memang besar sangat tumor yang dikeluarkan itu. Dia sudah sedar dan ada juga mengadu rasa sakit tetapi keadaannya tampak memberangsangkan.

“Buat masa ini, dia perlukan rehat yang cukup untuk kembali bertenaga. Apa pun, jutaan terima kasih buat semua yang ambil berat dan mendoakan isteri saya,” katanya.

Emma atau nama sebenarnya Noorakma Yunus, 52, menjalani pembedahan selepas sel kanser dalam perutnya semakin agresif bahkan sehingga mencecah sebesar saiz bola sepak.

Terdahulu, Emma merayu bantuan orang ramai berikutan pembedahan perlu dilakukan segera untuk mengelakkan risiko dengan anggaran kos sebanyak RM50,000.

Seperti wanita sarat hamil sembilan bulan, pelakon yang berkecimpung di arena seni sejak akhir 1090-an itu turut menghadapi sakit belakang dan masalah sampingan lain.

Selepas empat tahun hanya mengambil tawaran lakonan yang tidak memerlukan masa panjang selain suami juga baharu ditamatkan perkhidmatan, Emma tidak mampu menanggung kos sebesar itu.

Hasil kuasa tular dalam media sosial, pelakon Gerak Khas: The Finale itu akhirnya berjaya mengumpul jumlah berkenaan dalam tempoh seminggu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI